Wednesday, June 24, 2009

Shaal..

Gadis genit...
Sekadar aku memanggil kasih, satu sebutan dalam hati, status masih kawan lagi, derap tapak ke hadapan, jodoh menentu nanti. Seorang yang ku kenali, dedikasi, rajin, bersemangat, dan sumber aspirasi. Walau baru ku kenali, Shaal ibarat teman yang memahami. Sekadar ku carit kasih, Shaal antara di hati, walau si dia masih kekal tidak berganti. Bagi aku, Shaal memang teman sejati. Teman aku pelajari, segala makna dan erti, segala perungkaian dan konotasi. Shaal, kau tetap di hati.....

Petang angin lalu...

Sekadar menyinggah sepi lalu. Terkenang hari-hari mendatang yang aku sendiri tiada erti di sebalik sebarang kekeliruan entah apa-apa. Perit hati berlalu pergi. 1 Rejab....Hati kembali lagi. Pada si Dia aku rindu sekali, pada si dia, benci kian pergi, pada siapa lagi aku menumpang kasih. Esok, satu permulaan baru. Dalam hati tiada ku simpan benci lagi. Walau marah, si dia masih di hati. Kerana tugasku, Khalifah di dunia ini, mencari sejuta pengertiaan dalam akhirat dan duniawi. Pada si dia aku menuntut segala edisi. Dalam menyusuri hati nurani ini. Pada si dia, aku berterima kasih, kerana padanya aku pelajari ilmu ini. Ilmu mengasihi agama sejati. Hanya Islam dalam hati. Wahai sahabatku, aku cinta sekali. Pada kawanku, aku rindu sekali. Walau beberapa hari kita kenali, tetapi hati selalu di sisi. SMLY, teman sejati, tidak terganti.....

Sunday, June 21, 2009

'Isolasi'

Pantang dalam hidup ini muram durjana lalu. Hidup kurang beerti. Kenapa si dia menjauh diri. Atau hanya aku suka menyendiri. Si dia masih di hati. Masih lagi bertakhta dalam diri. Pemangkin mencintai Maha Yang Mengasihi. Namun, kehadiran anasir itu menguji hati. Semakin perit hati ini. Si dia menjarak pasti. Aku mencuba mendekaatkan diri. Tapi aku sendiri gulana tidak henti. Walau si dia hendak kembali. Namun hati tidak pernah pasti. Selagi anasir masih di sisi. Meskipun dimusuhi itu teman sejati.

Coretan selepas itu...

Mengharap kepada sesuatu yang tidak pasti. Ibarat satu penyampaian dalam hidup yang tiada erti. Aku menolak semua konotasi. Tiada langsung dalam diri dan jati. Sememangnya aku tiada hendak lagi. Menyimpan dendam dan dengki. Biar aku tidak dapat apa-apa, aku harap aku dapat menyumbang segala. Hanya kerana kawan, aku berkorban pasti, melepas setiap bait-bait dalam melodi. Meskipun, masih sama dalam satu puisi. Menambah keperitan ini, si dia sering di sisi, dengan orang yang kawan ku masih, walau perampas kasih. Aku menambah dengki, kesumat terbenam dalam hati, merobek cebisan-cebisan hati, atas cinta terlarang ini. Dalam kepahitan ini, dia masih perlu di sisi, sebagai penolak iman dalam hati, merungkai alam Pencipta Maha Menyayangi. Namun, aku harus pilih, antara hati dan Allah yang dicintai....! Ujian, meremuk hati....