Wednesday, June 24, 2009

Petang angin lalu...

Sekadar menyinggah sepi lalu. Terkenang hari-hari mendatang yang aku sendiri tiada erti di sebalik sebarang kekeliruan entah apa-apa. Perit hati berlalu pergi. 1 Rejab....Hati kembali lagi. Pada si Dia aku rindu sekali, pada si dia, benci kian pergi, pada siapa lagi aku menumpang kasih. Esok, satu permulaan baru. Dalam hati tiada ku simpan benci lagi. Walau marah, si dia masih di hati. Kerana tugasku, Khalifah di dunia ini, mencari sejuta pengertiaan dalam akhirat dan duniawi. Pada si dia aku menuntut segala edisi. Dalam menyusuri hati nurani ini. Pada si dia, aku berterima kasih, kerana padanya aku pelajari ilmu ini. Ilmu mengasihi agama sejati. Hanya Islam dalam hati. Wahai sahabatku, aku cinta sekali. Pada kawanku, aku rindu sekali. Walau beberapa hari kita kenali, tetapi hati selalu di sisi. SMLY, teman sejati, tidak terganti.....

No comments:

Post a Comment