Sunday, June 21, 2009

Coretan selepas itu...

Mengharap kepada sesuatu yang tidak pasti. Ibarat satu penyampaian dalam hidup yang tiada erti. Aku menolak semua konotasi. Tiada langsung dalam diri dan jati. Sememangnya aku tiada hendak lagi. Menyimpan dendam dan dengki. Biar aku tidak dapat apa-apa, aku harap aku dapat menyumbang segala. Hanya kerana kawan, aku berkorban pasti, melepas setiap bait-bait dalam melodi. Meskipun, masih sama dalam satu puisi. Menambah keperitan ini, si dia sering di sisi, dengan orang yang kawan ku masih, walau perampas kasih. Aku menambah dengki, kesumat terbenam dalam hati, merobek cebisan-cebisan hati, atas cinta terlarang ini. Dalam kepahitan ini, dia masih perlu di sisi, sebagai penolak iman dalam hati, merungkai alam Pencipta Maha Menyayangi. Namun, aku harus pilih, antara hati dan Allah yang dicintai....! Ujian, meremuk hati....

No comments:

Post a Comment