Thursday, July 23, 2009

Ini bukan BAHASANYA!!!

"PPSMI kembali ke BM"
"PPSMI tukar ke Bahasa Melayu"
"PPSMI menggunakan BM"

Nota:
1. PPSMI = Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
2. PPSMI kata nama khas: tidak boleh diubah
3. Semak semula pendaftaran serta penggunaan: Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia


Terbaik:
"PPSMI dimansuhkan."

p/s: kononya hendak memartabatkan BahasaKebangsaan, mempertahankan hak-hak orang Melayu dan bahasanya, tetapi gambaran yang diberi jelas bahawa hal ini diperkotakkatikkan (Rujuk Perkara 1 dan 2 di atas). Pada mulanya pun, bukankah sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan? (Rujuk Perkara 3 di atas). Walaupun sebagai seorang pemuda yang 'kurang berpelajaran', bukankah Perlembagaan Persekutuan itu sendiri tidak boleh 'diganggu'? Maaf, bukan bermaksud menentang, tetapi sekadar satu peringatan bahawa setiap perkara perlu dilakukan dengan teliti, walaupun sekadar potongan frasa.

p/s kepada p/s: susunan ayat berlandaskan pertanyaan, bukannya bercirikan penyataan atau 'statemet'.

No comments:

Post a Comment