Saturday, October 10, 2009

Senyuman itu

Buat Hanif:




Secangkir kasih dihulur menabur bakti.
Namun, adakah kau fahami?
Aku mengerti.
Tetapi tidak pula aku ketahui.
Sehingga hati ini memahami.
Dalam hamparan bumi ini,
Wajah-wajah insani menghiasi.
Ukiran senyuman itu,
Aku hargai,
Aku cintai,
Aku rindui,
Aku sayangi,
Aku tangisi.
Buat seorang yang memahami,
Hidup ini sukar sekali.
Buat seorang yang tidak memahami,
Hidup ini indah sekali.
Aku semadikan dalam hati,
Senyuman lalu,
Tidak ku kira faham atau mengetahui.

Thursday, October 8, 2009

Sekadar Cerita: Sunatullah Episod 3

'Ma, Zai ok. Tak ada apa-apa. Ma janganlah risau'

'Zai, Ma bukan apa. Sekarang ni kat TV macam-macam berita pasal gerakan-gerakan Islam yang tak tahulah betul ke tak. Zai tak payahlah join benda macam tu. Zai kan tengah study. Keep studying je lah. Lagipun sekarang ni tinggal beberapa bulan saja lagi nak final exam. Ma tak puas hati dengan result trial Zai. Bukan ke requirement University Otago sangat tinggi. Zai masih lagi nak bergiat aktif dalam benda-benda macam ni?'

'Alah Ma. Zai tahulah jaga diri. Ma jangan risau. Yang pasal Trial tu salah Zai sendiri sebab Zai tak fokus masa study. Zai nak minta restu Ma je. Ma jangan risau ye.'

'Ye lah Zai. Zai seorang je harapan keluarga sekarang ni. Abang dan kakak Zai semua tak berpeluang belajar di Universiti. Ni Zai dah dapat. Pergi luar negara pula tu. Ma tak nak nanti Zai tak jadi pergi. Zai sendiri yang kecewa'

'Insya Allah Ma. Zai akan buat yang terbaik. Ma doakan ye'

***

'Alhamdulillah, sempat juga kita habis kan daurah kita petang ini. Kita tangguhkan majlis dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr'

Sedang Jie dan Zai sibuk mengemas barang untuk beransur pulang..

'Zai, boleh ana berjumpa dengan enta selepas ni?'

'Boleh ustaz. Jie, ko balik dulu yer'

***

Dalam satu petang ditiup pawana yang sombong lagi angkuh, Zai duduk di dalam makmal komputer INTEC (International Education Centre). Keadaan di sekeliling sunyi sekali. Hanaya terdapat beberapa orang sahaja di dalam makmal komputer itu. Kebanyakkan pelajar telah pulang ke kampung halaman kerana cuti. Cuti untuk program ke Australia, New Zealand dan United Kingdom. Yang tinggal hanyalah pelajar-pelajar program ke Jepun, Korea dan German. Hanya Zai sahaja daripada program ke New Zealand di dalam bilik itu.

Jari-jarinya menujah kekunci atas papan berwarna hitam. Matanya memfokus ke arah monitor. Otot irisnya mengecut. Dimamah setiap paparan dalam tinta elektronik itu. Zai cuba menggali kisah Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang disampaikan ikhwan petang semalam di balik laman sesawang. Masih terngiang di minda Zai, setiap tutur Ustaz Megat Ikhwan Haris Megat Khas selepas usrah yang lalu.

***

'Zai, ko pergi mana? Asal tak balik-balik lagi. Nanti tak lepas Pak Guard macam mana?'

'Nanti tahu lah aku panjat pagar belakang surau tu. Aku tengah drive ni. Relax ah...'

Satu bayangan di hadapan Zai. Ibarat kilat menyambar lalu. Segalanya berlaku dengan cepat sekali. Sekelip mata. Tahu-tahu kereta Zai sudah di tepi jalan. Hanya seinci lagi dari pokok angsana yang meninggi di pinggir jalan yang sunyi.

'Astagfirullah... apa yang berlaku tadi', monolog hati Zai.

Zai turun dari kereta. Tetiba dia ternampak seorang akhwat yang bertudung labuh mengesat tapak tangan nya.

'Enti tak apa-apa'

'Ana ok'

'Maafkan ana. Ana tadi lalai ketika memandu. Jawab panggilan kawan. Betulkah enti tak ada apa-apa'

'Luka di tapak tangan sahaja'

'Sini ana tengok',Zai cuba menghulurkan tangan.

'Tak apa lah', akhwat itu menjawab malu tetapi tegas.

'Apa enti buat sendirian di tepi jalan ni? Bahaya. Kenapa tidak berteman?'

'Ana sebenarnya tertinggal bas. Taxi pun tak ada. Terpaksalah ana pulang jlan kaki. Lagipun kolej kediaman ana dekat depan itu sahaja'

'Lah, kalau macam itu biar ana hantarkan'

'Eh... tak ape. Dah dekat lagipun. Nanti boleh timbulkan fitnah kita berdua-duan dalam kereta. Tak sedap dipandang ana berduaan dengan ajnabi. Nanti hadir makhluk ketiga'

'Dekat?! Di mana kolej enti?'

'Kolej Akasia Seksyen 18'

'Biar ana hantarkan. Lagipun dah larut malam. Bukan ana nak membuat maksiat atau apa. Ini untuk keselamatan enti juga. Kalau nanti tiba-tiba ada perkara yang berlaku macam mana? Lagipun, ana tinggal di kolej Cemara. Di hadapan kolej Akasia'

'Tapi.....'

'Biar ana hantar sampai depan Ole-ole. Lepas tu enti boleh berjalan kaki ke kolej Akasia', pantas Zai berfikir sambil mengagak jarak Pusat Membeli-belah Ole-ole yang hanya beberapa langkah sahaja dari kolej mereka.

'Baiklah'.

Malam itu, kesunyian mengisi kekosongan di dalam kereta. Yang kedengaran hanya bunyi enjin kereta dan alunan tasbih daripada IKIM.fm. Sunyi, sepi, diam tetapi diterangi lampu dalam kereta yang diminta akhwat itu untuk dinyalakan. Diam jutaan bahasa.

bersambung...

Sekadar Cerita: Sunatullah Episod 2

***
'Assalammualaikum waramatullah, assalammualaikum waramatullah'

'we both young when i first saw you...'

'Hello, assalammualaikum. Kenapa Zai?'

'em.... waalaikummuassalam. Noura tengahn buat apa?'

'Alhamdulillah, baru selesai solat Isyak'

'Alhamdulillah. Erm, sebenarnya Zai nak jumpa Noura esok. Boleh?'

'Rasanya Noura free. Kita jumpa lepas Zuhur dekat depan Ole-ole.'

'Ok'

Noura menyambung ibadahnya dengan munajat serta diselit segala puji bagi Allah. Doa ditadah memohon kerahmatan. Dalam kesepian malam, titisan keiman mengalir di pipi. Sejadah dilipat, malam itu bulan memahami. Segalanya sayu sekali.

***

Tazkirah Subuh
'Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang tiba padanya waktu sembahyang fardhu lalu dia menyempurnakan wuduk dan khusyuk serta rukuk,sujudnya melainkan sembahyang itu menjadi penebus dosanya yang telah lalu selama dia tidak berbuat dosa besar dan yang demikian itu sepanjang masa" (Riwayat Muslim dari Uthman r.a.)'

Subuh itu, tatkala diluruskan dalam satu saf yang mengufuk di hamparan sejadah lama, titisan keimanan membasihi kaki yang sekadar cukup memuati ruang-ruang kosong serta celahan saf itu. Dalam rembesan embun pagi, diangkatkan tangan ke langit, memuji kebesaran Allah swt.Dirapatkan ke hati, memfokusi tanda lontaran hati, dari bumi serendah-rendah selemah-lemah hamba dalam kekejangan hidup merentasi bumi. Dalam tertib yang didisplinkan dalam diri, salam diberi dalam ketenangan dan ketakutan menghadapi pencipta sejati.

'Zai, aku minta maaf pasal semalam'.

'Man,...'

'Aku tahu aku dah melampau. Ko memang patut tampar aku'

Zai melihat semula dirinya. Luqman. Seorang yang keras hati. Masih meminta maaf daripadanya. Sedangkan Zai tahu dia turut bersalah. Zai yang menampar. Zai yang menghempas pintu ke muka Luqman. Zai yang tidak menegur Luqman.

'Man,...'

Tatkala itu, dalam pelukan dua sahabat. Keakraban yang lalu kembali. Walaupun pelik, dua orang shabab menitiskan air mata. Kerana persaudaraan. Kerana ukhwah. Kerana Sunatullah.

Seorang sahabat. Saidina Abu Bakar Ad-Siddiq.

Zai menyesal. Zai malu. Zai terasa hina. Bilakah Zai akan bertaubat. Hanya Allah yang tahu.

***

'Erm, Zai. Sebenarnya apa yang penting sangat sampai Zai nak jumpa Noura?'

'Zai...'

'Zai ada masalah ke?'

'Zai tak tahu macam mana nak beritahu Noura'

'Zai, kita kan dah lama berkawan. Zai dah kenal sangat Noura. Noura pun kenal Zai'

'Sebab atas itu lah Zai nak beritahu Noura'

Kebingitan Seksyen 18 di Shah Alam menambah kekerasan hati setiap penduduk di sekitarnya. Tekanan hidup dapat dilihat daripada kening pelajar-pelajar yang bakal ke luar negara yang menetap di kolej Cemara dan Akasia berhampiran. Dalam kepanasan terik mentari yang menyeksakan, Noura, menangis keseorangan. Ditinggalkan Zai dalam keadaan yang terpingga-pingga dan tidak memahami apa-apa.

bersambung...

Wednesday, October 7, 2009

Sekadar Cerita: Sunatullah Episod 1

'Kejatuhan Islam pada Zaman Turki Uthmaniyah disebabkan pemimpin yang sudah jauh dari agama dengan mengamalkan sistem pemerintahan Secularism...'

'Jie, esok nak ikut aku pergi tengok wayang tak?'

'Ya Allah, apa ni? Ana tengah fokus dengar ni.'

'Jom ah Jie, cerita baik punya!'

'Ssshhh....! Nanti-nanti boleh sambung... '

'Kau memang Jie. Tak nak pergi sudah. Aku pergi dengan Noura.'

'...Namun, ketika kemangkatan Mustafa Kamal Antartuk, Allah swt menunjukkan kekuasaan-Nya. Tanah tak menerima jasad Antartuk. Sehingga ada ulama pada zaman itu mengatakan bukan sahaja Tanah Turki, malah bumi ini tidak menerima jasad tidak bernyawa Mustafa Kamal Antatuk ini.'

Selepas sesi soal jawab, semua peserta pogram ISK (Ini Sejarah Kita), diberi masa untuk merehatkan diri.


***

'Luqman, minggu ini ana balik. Lagipun cuti seminggu.'

'Amin pun balik juga. Nampaknya aku dengan Zai saja lah yang akan tinggal'

'Rasa nya lah. Zai ada beritahu ana yang dia akan balik dari ISK petang esok'

Syafiq terus meninggalkan ruang tamu dan menuju ke bilik bersiap sedia utuk mengemas barang untuk dibawa pulang ke Johor esok.

Syafiq, anak kelahiran Batu Pahat. Merupakan seorang yang pendiam dan selalu tiada di bilik. Syafiq hanya ada di bilik pada malam hari untuk tidur. Kadang-kadang pun dia tidak ada kerana berqiamulai di surau kolej.

***

'Noura, you nak tengok movie apa?'

'Erm, The Ugly Truth?'

'I ok jer....'

***

Petang itu hidup Zai disahuti gelak hilai yang ditertawakan syaitan di keliling. Dalam kancah sesawang itu, masa yang disarankan untuk berdakwah dibiarkan begitu sahaja.

'Thanks Zai sebab ajak I. Lagipun Hafiz tak boleh keluar minggyu ini. MAsih lagi terperap kat UTNM tu. K lah, see ya.'

***

'Man, tak balik ke?', tanya Zai endah tak endah.

'Tak ah. Malas lah. Balik nanti parent aku bebel lah ', jawab Luqman mengerut muka.

'Pe pe je lah ko ni. Tak baik ko wat parent ko macam tu. Kalau nanti diorang tak berkat ko, hidup tak rahmat. Terutama ibu ko. Sahabat pernah bertanya kepada nabi, siapakah orang paling perlu dihormati? Sabda Rasulullah, ibumu, ibumu, ibumu... '

'Diamlah ko Zai. BAjet macam bagus sangat. Aku tau lah. Aku dak DQ (Darul Quran) ok. Ko tu pun, macam bagus sangat. Kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih.'

'Ko apa hal Man. Nak cari gaduh ngan aku lak. Betul pe. Ko nak tolak hadis ker?'

'Yer lah tu. Ada ke agama suruh kita keluar ngan perempuan ajnabi sampai tengah malam buta. Yang ko keluar ngan Nora semalam tu apa cer? Tengok wayang pula tu. Dah lah lagho, pastu dekatkan diri dengan maksiat. Ko kan tau Noura tu dah berpunya. Pastu nak rampas'

'Woi sengal, aku kawan dia jer lah'

'Sama jer. Kalau dah nama keluar dengan perempuan. Haram jer ada usrah. Naqib ko tak ajar ker? Yang ko pergi ISK tu diorang suruh buat maksiat ke?'

Minda Zai mengelamun memikirkan wajah naqibnya, Megat. Apakah perasan ikhwan itu apabila tahu perkara ini.

Hati Zai memberontak. Segala jiwa diresap wahyu syaitan. Kepanasan di cuping dirasai.
Sekeping lempangan mehinggap di pipi Luqman.

bersambung...

Insaf

Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa kumasa silam
Sempurnakanlah kehidupanku
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikanku hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa sekalian insan
Sempurnakanlah hidup kami
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikan kami hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

Laaillahaillallah
Jauhkan aku dari siksaan
Api neraka yang panas
Membakar manusia ingkar di dunia

Muhammadurrasulullah
Terimalah ku jadi umatmu
Ku pohon syafaat darimu
Beratkan neraca pahala kunanti

Aku aniaya...
Diri sendiri selamanya
Ku tak tertanggung...
Duka dan dosa silamku

Hantaran Hati

Aku mengukir kembali. Dalam warkah jiwa, melalui tinta kuasa elektrik, menjadi kesinambungan lara. Dalam lampiran ini:

Warkah Satu

Hati ibarat kosong lagi. Menunggu sejagat alam memujuk jiwa kehausan iman, yang ku hilangkan sendiri daripada hati. Kembalikan hati ini pada cinta yang ilahi. Allah selamatkan aku dari kekejaman dunia ini. Aku kehancuran jiwa menunduk pada sejadah hati. Tiada lagi titisan suci membasahi diri yang menyucikan lagi. Bawalah aku pergi daripada derita ini. Ampuni dosa-dosa hambamu ini, Ya Allah!

Warkah Dua

Kedinginan embun pagi bagai memahami. Kedinginan tengkujur hari bagai memerli. Kedinginan purnama lalu bagai memujuk hati. Kedinginan pawana terpa bagai mengiyakan lagi. Dan selanjut kedinginan hati ini, membongkar intuisi. Dalam perhubungan kali, aku aur dan tebingkan segala perbuatan ini. Walau mematah hukum hati, paradoks ini bukan aku ingin miliki. Kalau si dia memahami, hati ini pudar lagi. Biar hijab menjadi penyedap hati. Biar purdah menjadi topeng gelora ini. Memang aku tidak layak keran hati dia untuk si dia menjadi satu rebutan kepahitan dalam diriku ini. Hanya Allah memahami.

Warkah Tiga

Aku hamba yang hina. Aku hamba yang tiada kelebihan. Aku hamba yang tidak mampu. Aku hamba yang tidak layak. Aku hamba yang lemah. Ya Allah, terima lah aku di sisi Mu. Ya Allah, kurniakan lah aku hidayah Mu.Kuatkanlah hati hamba mu ini Ya Allah. Dalam tatapan kancah hina ini, hamba Mu mencemari hati sekalian penghuni emosi diri. Terimalah aku kembali...

Hulagu Khan

ISK yang lalu

Hulagu Khan adalah cucu kepada Genghis Khan. Ayahnya Tolui dan ibunya Sorghaghtani Beki. Dia dilahirkan pada 1217 dan meninggal dunia pada 8.2.1265.

Hulagu Khan menjadi terkenal kerana berjaya menakluk Baghdad pada tahun 1258 serta menumbangkan kerajaan Bani Abbasiyah yang telah memerintah selama lebih 500 tahun.

Hulagu Khan bertanggung jawab memusnahkan peradaban Islam yang telah dibina selama 500 tahun di Kota Baghdad. Tentera Monggol membunuh Ulama, memperkosa wanita dan membuang kitab-kitab ke dalam sungai sehingga airnya berwarna hitam.

Hulagu Khan dikatakan seorang yang kejam sehingga membenarkan tenteranya berbuat apa sahaja terhadap penduduk Kota Baghdad. Mereka mengganas selama 40 hari 40 malam sehingga kota 1001 malam itu menjadi padang jarak padang tekukur.

Menurut Abdullah Wassaf, tokoh sejarah Islam, semasa tentera Monggol menakluk Baghdad mereka telah membunuh beratus ribu orang Islam. Ian Frazier seorang penulis barat dari majalah The New York Worker pula dalam satu rencananya mengatakan antara 200 ribu hingga 1 juta orang Islam telah menjadi mangsa keganasan tentera Hulagu Khan.

Tentera Monggol yang dikatakan ganas itu akhirnya berjaya dikalahkan oleh tentera Mesir di bawah pimpinan Saifudin Qutz, Berke Khan dan Baibars.Selepas itu kekalahan demi kekalahan dialami oleh Hulagu Khan dan pasukan tenteranya apabila bertempur dengan tentera Islam.

Nama Hulagu Khan akan terus dikenang sebagai penakluk Baghdad. Namun yang sering ditonjolkan ialah keganasannya sahaja. Kebaikannya jarang diperkatakan. Sebagai manusia biasa, Hulagu Khan juga ada sifat kejam dan kasih sayang. Memang benar dia bertindak kejam dengan membunuh beratus ribu penduduk Baghdad serta menghancurkan kota 1001 malam itu.

Tetapi selepas itu dia mula berjasa kepada Islam dan menyesali kekejaman yang dilakukan oleh tenteranya. Dia mengumpulkan semula para cendikiawan Islam lalu membantu mereka membina peradaban baru.

Contohnya, Hulagu Khan telah membina sebuah balai cerap dan Pusat Pengajian di Maragheh untuk Nasir Al Din Al Tusi, seorang ahli falsafah, matematik, astronomi, teologi, pakar perubatan dan penulis Islam berbangsa Iran. Kemudian Hulagu Khan melantik Abul Muzhaffar Athamalik Juwaini, seorang cendikiawan Islam untuk mengatur pemerintahan di Baghdad. Hulagu Khan juga memberi kebenaran kepada Abul Muzhaffar Athamalik Juwaini memperkenalkan pemerintahan Islam dan penduduk Baghdad dibenarkan semula mengamalkan ajaran agama Islam.

Ekoran dari itu ramai tentera Monggol memeluk agama Islam dan Hulagu Khan tidak menghalangnya walaupun dia sendiri masih berpegang kepada kepercayaan nenek moyangnya, agama Syamaniah (Syamanism), menyembah bintang-bintang, dan sujud kepada matahari yang sedang terbit. Tetapi ada yang mengatakan Hulagu Khan kemudiannya menganut agama Kristian.

Tetapi beberapa tahun sebelum meninggal dunia, Hulagu Khan dikatakan mula tertarik dengan Islam. Malah turut menyibarkan Islam ke Azerbaijan. Akhirnya dari keturunan Hulagu Khan ramai yang menjadi pahlawan Islam dan mereka turut menyibarkan Islam hingga sampai ke India. Kerana itu ada yang mengatakan Hulagu Khan adalah tokoh Islam.

Sebuah buku yang ditulis oleh Haji Mohd Said Abdul Hadi diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor tahun 1977 berjudul “28 Tokoh-tokoh Islam Yang Terkemuka” nama Hulagu Khan termasuk dalam senarai tersebut.

Hulagu Khan akhirnya memilih Azerbaijan sebagai destinasi terakhirnya lalu mendirikan sebuah kota yang indah. Di situlah dia berehat sambil mempelajari Islam dari ulama-ulama yang terkemuka pada masa itu.

Hulagu Khan meninggal dunia pada 2.8. 1265 dan mayatnya dikebumikan di pulau Kaboudi, di pinggir Danau Urmia, Azerbaijan.

Mustafa Kamal Atatürk

ISK yang lalu:

Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.
Dosa Mustafa Kemal

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah: 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Ahmad Dedaat

Ulama Ahmad Deedat telah berjaya mengIslamkan bukan sahaja penganut Kristian malahan juga ramai paderi kristian seluruh dunia dengan kepintarannya membuktikan pemalsuan teks kitab bible.

Beliau terlah berdebat dengan ramai ketua paderi besar dunia, di antaranya ketua paderi USA, Kanada, Australia dan Sweden dan sehingga ke hari ini telah ramai orang kristian yang meragui kesahihan isi kandungan Bible setelah mendengar hujahnya yang jelas, jitu dan realistik.

Sehingga ke hari ini penjelasan beliau tidak mampu disanggah dengan hujah yang tepat oleh golongan muktabar kristian.

Ahmad Deedat dianugerahkan Allah dengan kepintaran yang tinggi dan luar biasa dalam ilmu comparative religion dan beliau seorang hafiz al-quran dan turut menghafaz lebih dari 8 versi bible. Beliau juga mampu bertutur dengan fasih lebih dari 10 jenis bahasa dunia.

Saya merasakan amat beruntung sekiranya Saudara/ri dapat menonton perdebatan agung ini kerana kandungan ilmunya boleh diperturunkan kepada cucu cicit sehingga hari kiamat. Juga ianya amat sesuai dikongsi bersama saudara mara dengan harapan tiada lagi yang menjadi murtad.

Melalui debat ini juga kita jelas dapat melihat kekuatan al-Quran sebagai mukjizat yang terpelihara sehingga hari kiamat, dengan kekuatan bahasanya tanpa sebarang kesilapan grammar dan kekuatan isinya disebalik bahasanya, jelas sekali tidak seperti Bible yang diselewengkan.

Megat = X

panas x X, Megat = X
panas x X, Megat = X
panas x X, Megat = X
panas x X, Megat = X
panas x X, Megat = X
panas x X, Megat = X
panas x X, Megat = X
panas x X, Megat = X
walau panas masih tercair rasa di hati
kerana tarbiyah dalam zikir hati
memunajatkan lingkaran jiwa
atas hati yang memenuhi
dahi yang menghitami
walau
panas x X, Megat = X

Amnec

'Dalam hati ku simpan rindu, aku simpan kasih, aku simpan syang...
Dalam satu rentetan kisah-kisah bayangan dalam hati tanpa ketentuan. Pada dia disandarkan satu hati, disandarkan pada yang lagi pada satu intuisi kepekatan dalam diri.'
Amnec, memayungi kedepanan badan dalam harfiah yang terang lagi menyuluh, jiwa ku kacau, kita sambung putus sambung putus sambung putus sambung putus dan sambung sambung lagi...

Arif

'Aku bukan gay?'
'Aku bukan gay!'
'Aku bukan gay?'
'Aku bukan gay!'
'Aku bukan gay?'
'Aku bukan gay!'
'Aku bukan gay?'
'Aku bukan gay!'
Lontaran dalam delima lalu memupuk kasih dalam jiwa yang keliru. Satu tinta tak ku noktahkan....

Friday, October 2, 2009

Cengkung

Sekarang: Hidup ibarat tanpa kebahagiaan. Disedut domentor. Ah, mata ku ada lingkaran hitam lagi. Penat dan letih. Tapi, apa yang ku dapati? X. Anu yang masih tidak diketahui nilainya. Y. Anu yang perlu diketahui masa depannya. Tidak tahu mengapa. Ibarat membawa beban. Tapi, bukan cincin yang perlu diheret ke Mondor untuk dihapuskan. Aku bukan Hobbits. Aku bukan Frado.Masih lagi, penat dan letih. Tanpa apa sebab dan hasil.

Thursday, October 1, 2009

Bengang

Satu lagi intuisi yang kacau dalam kerak jiwa yang semakin gersang dalam kemarau lampau. Segan dalam kepenatan medulla oblongata kenjerih setiap titip memori bagi merembes ilmu atas kanvas hidup. Tinta yang penuh keringat....