Thursday, October 8, 2009

Sekadar Cerita: Sunatullah Episod 2

***
'Assalammualaikum waramatullah, assalammualaikum waramatullah'

'we both young when i first saw you...'

'Hello, assalammualaikum. Kenapa Zai?'

'em.... waalaikummuassalam. Noura tengahn buat apa?'

'Alhamdulillah, baru selesai solat Isyak'

'Alhamdulillah. Erm, sebenarnya Zai nak jumpa Noura esok. Boleh?'

'Rasanya Noura free. Kita jumpa lepas Zuhur dekat depan Ole-ole.'

'Ok'

Noura menyambung ibadahnya dengan munajat serta diselit segala puji bagi Allah. Doa ditadah memohon kerahmatan. Dalam kesepian malam, titisan keiman mengalir di pipi. Sejadah dilipat, malam itu bulan memahami. Segalanya sayu sekali.

***

Tazkirah Subuh
'Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang tiba padanya waktu sembahyang fardhu lalu dia menyempurnakan wuduk dan khusyuk serta rukuk,sujudnya melainkan sembahyang itu menjadi penebus dosanya yang telah lalu selama dia tidak berbuat dosa besar dan yang demikian itu sepanjang masa" (Riwayat Muslim dari Uthman r.a.)'

Subuh itu, tatkala diluruskan dalam satu saf yang mengufuk di hamparan sejadah lama, titisan keimanan membasihi kaki yang sekadar cukup memuati ruang-ruang kosong serta celahan saf itu. Dalam rembesan embun pagi, diangkatkan tangan ke langit, memuji kebesaran Allah swt.Dirapatkan ke hati, memfokusi tanda lontaran hati, dari bumi serendah-rendah selemah-lemah hamba dalam kekejangan hidup merentasi bumi. Dalam tertib yang didisplinkan dalam diri, salam diberi dalam ketenangan dan ketakutan menghadapi pencipta sejati.

'Zai, aku minta maaf pasal semalam'.

'Man,...'

'Aku tahu aku dah melampau. Ko memang patut tampar aku'

Zai melihat semula dirinya. Luqman. Seorang yang keras hati. Masih meminta maaf daripadanya. Sedangkan Zai tahu dia turut bersalah. Zai yang menampar. Zai yang menghempas pintu ke muka Luqman. Zai yang tidak menegur Luqman.

'Man,...'

Tatkala itu, dalam pelukan dua sahabat. Keakraban yang lalu kembali. Walaupun pelik, dua orang shabab menitiskan air mata. Kerana persaudaraan. Kerana ukhwah. Kerana Sunatullah.

Seorang sahabat. Saidina Abu Bakar Ad-Siddiq.

Zai menyesal. Zai malu. Zai terasa hina. Bilakah Zai akan bertaubat. Hanya Allah yang tahu.

***

'Erm, Zai. Sebenarnya apa yang penting sangat sampai Zai nak jumpa Noura?'

'Zai...'

'Zai ada masalah ke?'

'Zai tak tahu macam mana nak beritahu Noura'

'Zai, kita kan dah lama berkawan. Zai dah kenal sangat Noura. Noura pun kenal Zai'

'Sebab atas itu lah Zai nak beritahu Noura'

Kebingitan Seksyen 18 di Shah Alam menambah kekerasan hati setiap penduduk di sekitarnya. Tekanan hidup dapat dilihat daripada kening pelajar-pelajar yang bakal ke luar negara yang menetap di kolej Cemara dan Akasia berhampiran. Dalam kepanasan terik mentari yang menyeksakan, Noura, menangis keseorangan. Ditinggalkan Zai dalam keadaan yang terpingga-pingga dan tidak memahami apa-apa.

bersambung...

No comments:

Post a Comment