Pencantas waktu, memikirkan satu penilaian dalam mengubah ketetapan azali. Tiada satu kejayaan ditemuinya. Sedangkan aku melawan arus kala meniti liku-liku hari mencabar, tiada pula ku rasa kehadirannya. Inikan pencantas waktu datang ibarat penyembelih menahas kelembutan saraf dan urat. Kerana itu, ku disampingi sekelumit cinta sahabat. Secukup rasa. Sekadar sahabat. Dalam kepahitan melawan perasaan cemburu, aku leraikan batu-batu garam, menaburi lauk-lauk dalam hati. Terasa pula keenakannya apabila ku mengimbau rasa-rasa lalu yang lelah. Dalam kekeliruaan pedas dalam minda dan tekanan, aku sekadar merenjiskan air kesabaran kerana ku percaya sekadar akan datang rasa memori terutamanya memikirkan si dia. Siapa? Si dia dicinta dan mencinta sahabat. Rasa rindu pada sahabat. Lalu, ku pikirkan segalanya. Lauk-lauk ini tiada perlu ditanding sekadar dengan keju kehidupan. Sekadar taburan, menghias dan menambah keenakan namun membenci diri dalam kelemakan kuncup-kuncup persahabatan. Kerana tiada erti, ku buang. Tapi, aku memerah santan dalam pemikiran. Keju sebenarnya seorang kawan, dan bukannya seharus aku tinggalkan. Dalam dimensi keenakan, dia perisa kehidupan, walau pahit hempedu mengimbangi keju kelemakan.
etc.
-
Hi again!
Baru je aku memuji line internetku…dia dah buat hal sekarang. Ye la, hari
tu hari raya. So mostly neighbours balik kampong. Maka, line internet ...
10 years ago
No comments:
Post a Comment