Dalam leretan hati cinta dan rindu, tiada ku harapan kucupan sang pencinta jejaka, tiada ku harap berpegangan meniti bahtera percintaan. Hanya ku pinta, si dia dapat memalitkan ukiran senyuman, sekadar mengisi kekosongan, walaupun berbisukan frasa dan kata. Sekelip matamu melemahkan hati sayu jejaka. Aku mampu menghitung bulu mata bawahmu yang panjang daripada biasa. Sinaran kerdipan keimanan hatimu terpancar menebuk hati nurani jejaka ini. Aku merindumu walau kau di hadapan ku. Sekelumit kasih tiada ku biar berciciran di hati durjana hati. Kau bukan miliku, tetapi pada Pemilikmu aku mengadu kasih merayu secubis sayang buat ku jadikan pelukan purnama lalu. Hati jejaka ini masih kosong, namun ingin memiliki, sekiranya kau sedar tiada sinaran tanpa kehadiranmu dalam diri. Aku cinta padamu, kekasih hati....
etc.
-
Hi again!
Baru je aku memuji line internetku…dia dah buat hal sekarang. Ye la, hari
tu hari raya. So mostly neighbours balik kampong. Maka, line internet ...
10 years ago
No comments:
Post a Comment