Saturday, October 10, 2009

Senyuman itu

Buat Hanif:




Secangkir kasih dihulur menabur bakti.
Namun, adakah kau fahami?
Aku mengerti.
Tetapi tidak pula aku ketahui.
Sehingga hati ini memahami.
Dalam hamparan bumi ini,
Wajah-wajah insani menghiasi.
Ukiran senyuman itu,
Aku hargai,
Aku cintai,
Aku rindui,
Aku sayangi,
Aku tangisi.
Buat seorang yang memahami,
Hidup ini sukar sekali.
Buat seorang yang tidak memahami,
Hidup ini indah sekali.
Aku semadikan dalam hati,
Senyuman lalu,
Tidak ku kira faham atau mengetahui.

Thursday, October 8, 2009

Sekadar Cerita: Sunatullah Episod 3

'Ma, Zai ok. Tak ada apa-apa. Ma janganlah risau'

'Zai, Ma bukan apa. Sekarang ni kat TV macam-macam berita pasal gerakan-gerakan Islam yang tak tahulah betul ke tak. Zai tak payahlah join benda macam tu. Zai kan tengah study. Keep studying je lah. Lagipun sekarang ni tinggal beberapa bulan saja lagi nak final exam. Ma tak puas hati dengan result trial Zai. Bukan ke requirement University Otago sangat tinggi. Zai masih lagi nak bergiat aktif dalam benda-benda macam ni?'

'Alah Ma. Zai tahulah jaga diri. Ma jangan risau. Yang pasal Trial tu salah Zai sendiri sebab Zai tak fokus masa study. Zai nak minta restu Ma je. Ma jangan risau ye.'

'Ye lah Zai. Zai seorang je harapan keluarga sekarang ni. Abang dan kakak Zai semua tak berpeluang belajar di Universiti. Ni Zai dah dapat. Pergi luar negara pula tu. Ma tak nak nanti Zai tak jadi pergi. Zai sendiri yang kecewa'

'Insya Allah Ma. Zai akan buat yang terbaik. Ma doakan ye'

***

'Alhamdulillah, sempat juga kita habis kan daurah kita petang ini. Kita tangguhkan majlis dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr'

Sedang Jie dan Zai sibuk mengemas barang untuk beransur pulang..

'Zai, boleh ana berjumpa dengan enta selepas ni?'

'Boleh ustaz. Jie, ko balik dulu yer'

***

Dalam satu petang ditiup pawana yang sombong lagi angkuh, Zai duduk di dalam makmal komputer INTEC (International Education Centre). Keadaan di sekeliling sunyi sekali. Hanaya terdapat beberapa orang sahaja di dalam makmal komputer itu. Kebanyakkan pelajar telah pulang ke kampung halaman kerana cuti. Cuti untuk program ke Australia, New Zealand dan United Kingdom. Yang tinggal hanyalah pelajar-pelajar program ke Jepun, Korea dan German. Hanya Zai sahaja daripada program ke New Zealand di dalam bilik itu.

Jari-jarinya menujah kekunci atas papan berwarna hitam. Matanya memfokus ke arah monitor. Otot irisnya mengecut. Dimamah setiap paparan dalam tinta elektronik itu. Zai cuba menggali kisah Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang disampaikan ikhwan petang semalam di balik laman sesawang. Masih terngiang di minda Zai, setiap tutur Ustaz Megat Ikhwan Haris Megat Khas selepas usrah yang lalu.

***

'Zai, ko pergi mana? Asal tak balik-balik lagi. Nanti tak lepas Pak Guard macam mana?'

'Nanti tahu lah aku panjat pagar belakang surau tu. Aku tengah drive ni. Relax ah...'

Satu bayangan di hadapan Zai. Ibarat kilat menyambar lalu. Segalanya berlaku dengan cepat sekali. Sekelip mata. Tahu-tahu kereta Zai sudah di tepi jalan. Hanya seinci lagi dari pokok angsana yang meninggi di pinggir jalan yang sunyi.

'Astagfirullah... apa yang berlaku tadi', monolog hati Zai.

Zai turun dari kereta. Tetiba dia ternampak seorang akhwat yang bertudung labuh mengesat tapak tangan nya.

'Enti tak apa-apa'

'Ana ok'

'Maafkan ana. Ana tadi lalai ketika memandu. Jawab panggilan kawan. Betulkah enti tak ada apa-apa'

'Luka di tapak tangan sahaja'

'Sini ana tengok',Zai cuba menghulurkan tangan.

'Tak apa lah', akhwat itu menjawab malu tetapi tegas.

'Apa enti buat sendirian di tepi jalan ni? Bahaya. Kenapa tidak berteman?'

'Ana sebenarnya tertinggal bas. Taxi pun tak ada. Terpaksalah ana pulang jlan kaki. Lagipun kolej kediaman ana dekat depan itu sahaja'

'Lah, kalau macam itu biar ana hantarkan'

'Eh... tak ape. Dah dekat lagipun. Nanti boleh timbulkan fitnah kita berdua-duan dalam kereta. Tak sedap dipandang ana berduaan dengan ajnabi. Nanti hadir makhluk ketiga'

'Dekat?! Di mana kolej enti?'

'Kolej Akasia Seksyen 18'

'Biar ana hantarkan. Lagipun dah larut malam. Bukan ana nak membuat maksiat atau apa. Ini untuk keselamatan enti juga. Kalau nanti tiba-tiba ada perkara yang berlaku macam mana? Lagipun, ana tinggal di kolej Cemara. Di hadapan kolej Akasia'

'Tapi.....'

'Biar ana hantar sampai depan Ole-ole. Lepas tu enti boleh berjalan kaki ke kolej Akasia', pantas Zai berfikir sambil mengagak jarak Pusat Membeli-belah Ole-ole yang hanya beberapa langkah sahaja dari kolej mereka.

'Baiklah'.

Malam itu, kesunyian mengisi kekosongan di dalam kereta. Yang kedengaran hanya bunyi enjin kereta dan alunan tasbih daripada IKIM.fm. Sunyi, sepi, diam tetapi diterangi lampu dalam kereta yang diminta akhwat itu untuk dinyalakan. Diam jutaan bahasa.

bersambung...

Sekadar Cerita: Sunatullah Episod 2

***
'Assalammualaikum waramatullah, assalammualaikum waramatullah'

'we both young when i first saw you...'

'Hello, assalammualaikum. Kenapa Zai?'

'em.... waalaikummuassalam. Noura tengahn buat apa?'

'Alhamdulillah, baru selesai solat Isyak'

'Alhamdulillah. Erm, sebenarnya Zai nak jumpa Noura esok. Boleh?'

'Rasanya Noura free. Kita jumpa lepas Zuhur dekat depan Ole-ole.'

'Ok'

Noura menyambung ibadahnya dengan munajat serta diselit segala puji bagi Allah. Doa ditadah memohon kerahmatan. Dalam kesepian malam, titisan keiman mengalir di pipi. Sejadah dilipat, malam itu bulan memahami. Segalanya sayu sekali.

***

Tazkirah Subuh
'Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang tiba padanya waktu sembahyang fardhu lalu dia menyempurnakan wuduk dan khusyuk serta rukuk,sujudnya melainkan sembahyang itu menjadi penebus dosanya yang telah lalu selama dia tidak berbuat dosa besar dan yang demikian itu sepanjang masa" (Riwayat Muslim dari Uthman r.a.)'

Subuh itu, tatkala diluruskan dalam satu saf yang mengufuk di hamparan sejadah lama, titisan keimanan membasihi kaki yang sekadar cukup memuati ruang-ruang kosong serta celahan saf itu. Dalam rembesan embun pagi, diangkatkan tangan ke langit, memuji kebesaran Allah swt.Dirapatkan ke hati, memfokusi tanda lontaran hati, dari bumi serendah-rendah selemah-lemah hamba dalam kekejangan hidup merentasi bumi. Dalam tertib yang didisplinkan dalam diri, salam diberi dalam ketenangan dan ketakutan menghadapi pencipta sejati.

'Zai, aku minta maaf pasal semalam'.

'Man,...'

'Aku tahu aku dah melampau. Ko memang patut tampar aku'

Zai melihat semula dirinya. Luqman. Seorang yang keras hati. Masih meminta maaf daripadanya. Sedangkan Zai tahu dia turut bersalah. Zai yang menampar. Zai yang menghempas pintu ke muka Luqman. Zai yang tidak menegur Luqman.

'Man,...'

Tatkala itu, dalam pelukan dua sahabat. Keakraban yang lalu kembali. Walaupun pelik, dua orang shabab menitiskan air mata. Kerana persaudaraan. Kerana ukhwah. Kerana Sunatullah.

Seorang sahabat. Saidina Abu Bakar Ad-Siddiq.

Zai menyesal. Zai malu. Zai terasa hina. Bilakah Zai akan bertaubat. Hanya Allah yang tahu.

***

'Erm, Zai. Sebenarnya apa yang penting sangat sampai Zai nak jumpa Noura?'

'Zai...'

'Zai ada masalah ke?'

'Zai tak tahu macam mana nak beritahu Noura'

'Zai, kita kan dah lama berkawan. Zai dah kenal sangat Noura. Noura pun kenal Zai'

'Sebab atas itu lah Zai nak beritahu Noura'

Kebingitan Seksyen 18 di Shah Alam menambah kekerasan hati setiap penduduk di sekitarnya. Tekanan hidup dapat dilihat daripada kening pelajar-pelajar yang bakal ke luar negara yang menetap di kolej Cemara dan Akasia berhampiran. Dalam kepanasan terik mentari yang menyeksakan, Noura, menangis keseorangan. Ditinggalkan Zai dalam keadaan yang terpingga-pingga dan tidak memahami apa-apa.

bersambung...

Wednesday, October 7, 2009

Sekadar Cerita: Sunatullah Episod 1

'Kejatuhan Islam pada Zaman Turki Uthmaniyah disebabkan pemimpin yang sudah jauh dari agama dengan mengamalkan sistem pemerintahan Secularism...'

'Jie, esok nak ikut aku pergi tengok wayang tak?'

'Ya Allah, apa ni? Ana tengah fokus dengar ni.'

'Jom ah Jie, cerita baik punya!'

'Ssshhh....! Nanti-nanti boleh sambung... '

'Kau memang Jie. Tak nak pergi sudah. Aku pergi dengan Noura.'

'...Namun, ketika kemangkatan Mustafa Kamal Antartuk, Allah swt menunjukkan kekuasaan-Nya. Tanah tak menerima jasad Antartuk. Sehingga ada ulama pada zaman itu mengatakan bukan sahaja Tanah Turki, malah bumi ini tidak menerima jasad tidak bernyawa Mustafa Kamal Antatuk ini.'

Selepas sesi soal jawab, semua peserta pogram ISK (Ini Sejarah Kita), diberi masa untuk merehatkan diri.


***

'Luqman, minggu ini ana balik. Lagipun cuti seminggu.'

'Amin pun balik juga. Nampaknya aku dengan Zai saja lah yang akan tinggal'

'Rasa nya lah. Zai ada beritahu ana yang dia akan balik dari ISK petang esok'

Syafiq terus meninggalkan ruang tamu dan menuju ke bilik bersiap sedia utuk mengemas barang untuk dibawa pulang ke Johor esok.

Syafiq, anak kelahiran Batu Pahat. Merupakan seorang yang pendiam dan selalu tiada di bilik. Syafiq hanya ada di bilik pada malam hari untuk tidur. Kadang-kadang pun dia tidak ada kerana berqiamulai di surau kolej.

***

'Noura, you nak tengok movie apa?'

'Erm, The Ugly Truth?'

'I ok jer....'

***

Petang itu hidup Zai disahuti gelak hilai yang ditertawakan syaitan di keliling. Dalam kancah sesawang itu, masa yang disarankan untuk berdakwah dibiarkan begitu sahaja.

'Thanks Zai sebab ajak I. Lagipun Hafiz tak boleh keluar minggyu ini. MAsih lagi terperap kat UTNM tu. K lah, see ya.'

***

'Man, tak balik ke?', tanya Zai endah tak endah.

'Tak ah. Malas lah. Balik nanti parent aku bebel lah ', jawab Luqman mengerut muka.

'Pe pe je lah ko ni. Tak baik ko wat parent ko macam tu. Kalau nanti diorang tak berkat ko, hidup tak rahmat. Terutama ibu ko. Sahabat pernah bertanya kepada nabi, siapakah orang paling perlu dihormati? Sabda Rasulullah, ibumu, ibumu, ibumu... '

'Diamlah ko Zai. BAjet macam bagus sangat. Aku tau lah. Aku dak DQ (Darul Quran) ok. Ko tu pun, macam bagus sangat. Kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih.'

'Ko apa hal Man. Nak cari gaduh ngan aku lak. Betul pe. Ko nak tolak hadis ker?'

'Yer lah tu. Ada ke agama suruh kita keluar ngan perempuan ajnabi sampai tengah malam buta. Yang ko keluar ngan Nora semalam tu apa cer? Tengok wayang pula tu. Dah lah lagho, pastu dekatkan diri dengan maksiat. Ko kan tau Noura tu dah berpunya. Pastu nak rampas'

'Woi sengal, aku kawan dia jer lah'

'Sama jer. Kalau dah nama keluar dengan perempuan. Haram jer ada usrah. Naqib ko tak ajar ker? Yang ko pergi ISK tu diorang suruh buat maksiat ke?'

Minda Zai mengelamun memikirkan wajah naqibnya, Megat. Apakah perasan ikhwan itu apabila tahu perkara ini.

Hati Zai memberontak. Segala jiwa diresap wahyu syaitan. Kepanasan di cuping dirasai.
Sekeping lempangan mehinggap di pipi Luqman.

bersambung...

Insaf

Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa kumasa silam
Sempurnakanlah kehidupanku
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikanku hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa sekalian insan
Sempurnakanlah hidup kami
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikan kami hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

Laaillahaillallah
Jauhkan aku dari siksaan
Api neraka yang panas
Membakar manusia ingkar di dunia

Muhammadurrasulullah
Terimalah ku jadi umatmu
Ku pohon syafaat darimu
Beratkan neraca pahala kunanti

Aku aniaya...
Diri sendiri selamanya
Ku tak tertanggung...
Duka dan dosa silamku

Hantaran Hati

Aku mengukir kembali. Dalam warkah jiwa, melalui tinta kuasa elektrik, menjadi kesinambungan lara. Dalam lampiran ini:

Warkah Satu

Hati ibarat kosong lagi. Menunggu sejagat alam memujuk jiwa kehausan iman, yang ku hilangkan sendiri daripada hati. Kembalikan hati ini pada cinta yang ilahi. Allah selamatkan aku dari kekejaman dunia ini. Aku kehancuran jiwa menunduk pada sejadah hati. Tiada lagi titisan suci membasahi diri yang menyucikan lagi. Bawalah aku pergi daripada derita ini. Ampuni dosa-dosa hambamu ini, Ya Allah!

Warkah Dua

Kedinginan embun pagi bagai memahami. Kedinginan tengkujur hari bagai memerli. Kedinginan purnama lalu bagai memujuk hati. Kedinginan pawana terpa bagai mengiyakan lagi. Dan selanjut kedinginan hati ini, membongkar intuisi. Dalam perhubungan kali, aku aur dan tebingkan segala perbuatan ini. Walau mematah hukum hati, paradoks ini bukan aku ingin miliki. Kalau si dia memahami, hati ini pudar lagi. Biar hijab menjadi penyedap hati. Biar purdah menjadi topeng gelora ini. Memang aku tidak layak keran hati dia untuk si dia menjadi satu rebutan kepahitan dalam diriku ini. Hanya Allah memahami.

Warkah Tiga

Aku hamba yang hina. Aku hamba yang tiada kelebihan. Aku hamba yang tidak mampu. Aku hamba yang tidak layak. Aku hamba yang lemah. Ya Allah, terima lah aku di sisi Mu. Ya Allah, kurniakan lah aku hidayah Mu.Kuatkanlah hati hamba mu ini Ya Allah. Dalam tatapan kancah hina ini, hamba Mu mencemari hati sekalian penghuni emosi diri. Terimalah aku kembali...

Hulagu Khan

ISK yang lalu

Hulagu Khan adalah cucu kepada Genghis Khan. Ayahnya Tolui dan ibunya Sorghaghtani Beki. Dia dilahirkan pada 1217 dan meninggal dunia pada 8.2.1265.

Hulagu Khan menjadi terkenal kerana berjaya menakluk Baghdad pada tahun 1258 serta menumbangkan kerajaan Bani Abbasiyah yang telah memerintah selama lebih 500 tahun.

Hulagu Khan bertanggung jawab memusnahkan peradaban Islam yang telah dibina selama 500 tahun di Kota Baghdad. Tentera Monggol membunuh Ulama, memperkosa wanita dan membuang kitab-kitab ke dalam sungai sehingga airnya berwarna hitam.

Hulagu Khan dikatakan seorang yang kejam sehingga membenarkan tenteranya berbuat apa sahaja terhadap penduduk Kota Baghdad. Mereka mengganas selama 40 hari 40 malam sehingga kota 1001 malam itu menjadi padang jarak padang tekukur.

Menurut Abdullah Wassaf, tokoh sejarah Islam, semasa tentera Monggol menakluk Baghdad mereka telah membunuh beratus ribu orang Islam. Ian Frazier seorang penulis barat dari majalah The New York Worker pula dalam satu rencananya mengatakan antara 200 ribu hingga 1 juta orang Islam telah menjadi mangsa keganasan tentera Hulagu Khan.

Tentera Monggol yang dikatakan ganas itu akhirnya berjaya dikalahkan oleh tentera Mesir di bawah pimpinan Saifudin Qutz, Berke Khan dan Baibars.Selepas itu kekalahan demi kekalahan dialami oleh Hulagu Khan dan pasukan tenteranya apabila bertempur dengan tentera Islam.

Nama Hulagu Khan akan terus dikenang sebagai penakluk Baghdad. Namun yang sering ditonjolkan ialah keganasannya sahaja. Kebaikannya jarang diperkatakan. Sebagai manusia biasa, Hulagu Khan juga ada sifat kejam dan kasih sayang. Memang benar dia bertindak kejam dengan membunuh beratus ribu penduduk Baghdad serta menghancurkan kota 1001 malam itu.

Tetapi selepas itu dia mula berjasa kepada Islam dan menyesali kekejaman yang dilakukan oleh tenteranya. Dia mengumpulkan semula para cendikiawan Islam lalu membantu mereka membina peradaban baru.

Contohnya, Hulagu Khan telah membina sebuah balai cerap dan Pusat Pengajian di Maragheh untuk Nasir Al Din Al Tusi, seorang ahli falsafah, matematik, astronomi, teologi, pakar perubatan dan penulis Islam berbangsa Iran. Kemudian Hulagu Khan melantik Abul Muzhaffar Athamalik Juwaini, seorang cendikiawan Islam untuk mengatur pemerintahan di Baghdad. Hulagu Khan juga memberi kebenaran kepada Abul Muzhaffar Athamalik Juwaini memperkenalkan pemerintahan Islam dan penduduk Baghdad dibenarkan semula mengamalkan ajaran agama Islam.

Ekoran dari itu ramai tentera Monggol memeluk agama Islam dan Hulagu Khan tidak menghalangnya walaupun dia sendiri masih berpegang kepada kepercayaan nenek moyangnya, agama Syamaniah (Syamanism), menyembah bintang-bintang, dan sujud kepada matahari yang sedang terbit. Tetapi ada yang mengatakan Hulagu Khan kemudiannya menganut agama Kristian.

Tetapi beberapa tahun sebelum meninggal dunia, Hulagu Khan dikatakan mula tertarik dengan Islam. Malah turut menyibarkan Islam ke Azerbaijan. Akhirnya dari keturunan Hulagu Khan ramai yang menjadi pahlawan Islam dan mereka turut menyibarkan Islam hingga sampai ke India. Kerana itu ada yang mengatakan Hulagu Khan adalah tokoh Islam.

Sebuah buku yang ditulis oleh Haji Mohd Said Abdul Hadi diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor tahun 1977 berjudul “28 Tokoh-tokoh Islam Yang Terkemuka” nama Hulagu Khan termasuk dalam senarai tersebut.

Hulagu Khan akhirnya memilih Azerbaijan sebagai destinasi terakhirnya lalu mendirikan sebuah kota yang indah. Di situlah dia berehat sambil mempelajari Islam dari ulama-ulama yang terkemuka pada masa itu.

Hulagu Khan meninggal dunia pada 2.8. 1265 dan mayatnya dikebumikan di pulau Kaboudi, di pinggir Danau Urmia, Azerbaijan.

Mustafa Kamal Atatürk

ISK yang lalu:

Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.
Dosa Mustafa Kemal

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah: 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Ahmad Dedaat

Ulama Ahmad Deedat telah berjaya mengIslamkan bukan sahaja penganut Kristian malahan juga ramai paderi kristian seluruh dunia dengan kepintarannya membuktikan pemalsuan teks kitab bible.

Beliau terlah berdebat dengan ramai ketua paderi besar dunia, di antaranya ketua paderi USA, Kanada, Australia dan Sweden dan sehingga ke hari ini telah ramai orang kristian yang meragui kesahihan isi kandungan Bible setelah mendengar hujahnya yang jelas, jitu dan realistik.

Sehingga ke hari ini penjelasan beliau tidak mampu disanggah dengan hujah yang tepat oleh golongan muktabar kristian.

Ahmad Deedat dianugerahkan Allah dengan kepintaran yang tinggi dan luar biasa dalam ilmu comparative religion dan beliau seorang hafiz al-quran dan turut menghafaz lebih dari 8 versi bible. Beliau juga mampu bertutur dengan fasih lebih dari 10 jenis bahasa dunia.

Saya merasakan amat beruntung sekiranya Saudara/ri dapat menonton perdebatan agung ini kerana kandungan ilmunya boleh diperturunkan kepada cucu cicit sehingga hari kiamat. Juga ianya amat sesuai dikongsi bersama saudara mara dengan harapan tiada lagi yang menjadi murtad.

Melalui debat ini juga kita jelas dapat melihat kekuatan al-Quran sebagai mukjizat yang terpelihara sehingga hari kiamat, dengan kekuatan bahasanya tanpa sebarang kesilapan grammar dan kekuatan isinya disebalik bahasanya, jelas sekali tidak seperti Bible yang diselewengkan.

Megat = X

panas x X, Megat = X
panas x X, Megat = X
panas x X, Megat = X
panas x X, Megat = X
panas x X, Megat = X
panas x X, Megat = X
panas x X, Megat = X
panas x X, Megat = X
walau panas masih tercair rasa di hati
kerana tarbiyah dalam zikir hati
memunajatkan lingkaran jiwa
atas hati yang memenuhi
dahi yang menghitami
walau
panas x X, Megat = X

Amnec

'Dalam hati ku simpan rindu, aku simpan kasih, aku simpan syang...
Dalam satu rentetan kisah-kisah bayangan dalam hati tanpa ketentuan. Pada dia disandarkan satu hati, disandarkan pada yang lagi pada satu intuisi kepekatan dalam diri.'
Amnec, memayungi kedepanan badan dalam harfiah yang terang lagi menyuluh, jiwa ku kacau, kita sambung putus sambung putus sambung putus sambung putus dan sambung sambung lagi...

Arif

'Aku bukan gay?'
'Aku bukan gay!'
'Aku bukan gay?'
'Aku bukan gay!'
'Aku bukan gay?'
'Aku bukan gay!'
'Aku bukan gay?'
'Aku bukan gay!'
Lontaran dalam delima lalu memupuk kasih dalam jiwa yang keliru. Satu tinta tak ku noktahkan....

Friday, October 2, 2009

Cengkung

Sekarang: Hidup ibarat tanpa kebahagiaan. Disedut domentor. Ah, mata ku ada lingkaran hitam lagi. Penat dan letih. Tapi, apa yang ku dapati? X. Anu yang masih tidak diketahui nilainya. Y. Anu yang perlu diketahui masa depannya. Tidak tahu mengapa. Ibarat membawa beban. Tapi, bukan cincin yang perlu diheret ke Mondor untuk dihapuskan. Aku bukan Hobbits. Aku bukan Frado.Masih lagi, penat dan letih. Tanpa apa sebab dan hasil.

Thursday, October 1, 2009

Bengang

Satu lagi intuisi yang kacau dalam kerak jiwa yang semakin gersang dalam kemarau lampau. Segan dalam kepenatan medulla oblongata kenjerih setiap titip memori bagi merembes ilmu atas kanvas hidup. Tinta yang penuh keringat....

Thursday, September 3, 2009

Dalam Topeng

Terbuka hijab di sebalik kebenaran yang terlindung. Terserlah segala kekusutan dalam hidup yang dipancarkan dalam bentuk pertanyaan. Dalam keheningan malam lalu, seribu tanda soal menjadi tetamu dalam minda. Entah mengapa hati masih dalam keinginan lalu. Tetapi ku teruskan juga meninggalkan nafsu tidak menentu. Dihempas segala ragu. Ku lempar sekeping keiman di atas bumi, untuk ku sujud memohon keampunan. Pada yang ditunggu, terimalah aku. Walau ku tahu, kau masih di situ termangu menilai diriku yang tidak tertambat hati lalu. Aku hanya seorang hamba yang hina.Biarlah hijab itu terus melindungi, dilindungi dan terlindung.

Friday, August 21, 2009

Dalam satu lontaran hati kepada Nya

Tatkala diluruskan dalam satu saf yang mengufuk di hamparan sejadah lama, titisan keimanan membasihi kaki yang sekadar cukup memuati ruang-ruang kosong serta celahan saf itu. Dalam rembesan embun pagi, diangkatkan tangan ke langit, memuji kebesaran Allah swt. Ku rapatkan ke hati, memfokusi tanda lontaran hati, dari bumi serendah-rendah selemah-lemah hamba dalam kekejangan hidup merentasi bumi. Dalam tertib yang didisplinkan dalam diri, aku memberi salam dalam ketenangan dan ketakutan menghadapi pencipta sejati. Ku pandang ke kiri, seorang sahabat menyejukkan hati. Seorang SAHABAT menyejukkan hati...

Thursday, July 30, 2009

Prinsip Dalam Konotasi

Dalam satu proses mengolah sebuah struktur kehidupan memerlukan gabungan aturan yang berkesan dalam penyambungan sesebuah deligasi perlembagaan serta prinsip yang mampu menjadi pemangkin kepada kebahagian sarwa di balik saujana walau liku meniti setiap lorong sunyi pemusnahan tanpa sebarang kesedaran. Pencaturan menongkah angan-angan.

Sunday, July 26, 2009

Tubuh Ini

kan ku biarkan api yang membakar diriku
Terus membakar jiwaku
Kan ku lepaskan segala-galanya
Agar dapat ku lakar puisi ini
Tentang cintaku kepadanya
Haruskah ku tutup mata ku yang merintih di kala sepi?
Yang kehausan dan menghauskan dirimu
Yang ku sisihkan, ku tolak ke tepi
Setelah ku akur kepada ego ku sendiri

'Cinta Tanpa Noktah-Nizam Zakaria'

Tetiba jer berlaku....!

Malam ni aku tak tahu kenapa dan apa yang berlaku kepada aku. Walau penat sehari aku berjalan di SOGO, balik ke bilik, aku terasa sesuatu hilang dalam jiwa. Aku tidak menghiraukannya. Aku terus membaca novel ‘Cinta Tanpa Noktah’ karya Nizam Zakaria. Wow! Awesome. Walaupun buku ini telah diharamkan terbitannya atas dasar yang aku sendiri pun tak faham. Disebabkan diharamkanlah, aku terus beli apabila aku jumpa kat satu kedai buku dalam perjalanan pulang ke Shah Alam. Tak percaya, tak sampai 1 hari aku dah habis baca. Nak cakap nipis, tak lah sangat. 7 kali ganda novel ‘Mira Edora’. Cerita dia bestlah. Sangat best! Sambil baca tu aku dengarlah lagu. Masa aku baca muka surat terakhir tu, tetiba je laptop aku keluar lagu ‘Fall for You’daripada Secondhand Serenade. Boom….! Terus datang memori masa aku kat sem 1 ngan sem 2. Waktu kurang matang sangat dulu-dulu. Zaman nakal-nakal lah dikatakan. Dingatkan kemabli, aku tergelak sendiri. Masa sem 1 ngan sem 2 dulu, lagu ni popular tau. Ditambah lagi pulak dengan memori aku dengan si dia, si dia, si dia, si dia, dan si dia. Hehehe. Bodoh-bodoh jer. Dengan drama senetron and slot akasia sekali. Silap-silap boleh masuk telenovela. First sekali, mesti lah pasal AJTY. Putera Kedah al-kisahnya yang aku dibodohanjingkan olehnya. Kelakar larh. Kisah main-main msg. Macam dak kecik jerk. Mula2 tu siap bagi tazkirah. Pastu terus tercetus konflik hanya kera sekeping pizza. Habis episode AJTY, aku terus break ngan A. Patutnya kitorg kawan baik, but then turn up jadi tak bertegur disebabkan AJTY dan pizza and ntah apa-apa lagi. Diteruskan cerita, insiden aku denganH/J. F**K man. Dalam episode ni, aku kononnye dipanggil masuk bilik H/J dipanggil oleh GG yang sekarang 1 kelas ngan aku lark tu. Katenye ade hal. So, g jer lah. WTF! Aku disuruh wat ‘tututututututututuutut’ ngan dia! GROSS! I knw tht I’m hot! But I’m not slut or any prostitute kat Lorong Haji Taib ok you little Mr. P fancy pants. I noe u’r the HUNK JOCK of the house! But sorry, I’ll pass! Der WEML!!!! Enough but this episode yang mane ending nyer penuh dramatic sekali apabila aku lari dari INTEC dan dipujuk balik oleh teman baikku dan disambung kutuk malam tu yang kononnye aku seduce dia dengan cologne baby johnson bunga matahari which only cost me couple penny k. It’s not even ARMANI. Der!! Klu dia dah fitnah aku macam tu, this means that yang dia mengakulah yg dia hanya boleh tahan 10 seconds only lah and have premature ejaculation??! Opppsss! Sorry…! 18PL! Bukan untuk bacaan umum…! Heeeee….!!! Moving on to the end of 1 sem yang membosan kan dengan trip ke MidValley yg membosankan dan diakhiri dengan pergaduhan dengan Mr. Big T. Naik 2nd sem, first day g tgk ‘The Day The Earth Stood Still’ ngan Tosem…! Best gak. Keanu Reeves tetap elegant walaupun jadi alien n pakai tux jer. Btw, it was fun…! 1 st day of clas I got ‘kerusi tikus beruang tikus’. SUCKSSSS!!!! Then 2nd day I realize that aku duduk sebelah hot guy. His name is MEGAT IKHWAN HARIS MEGAT KHAS. Nama bapak panjang. Mula2 malu2 kucing lah ngan dia. Ye lah… dia kan kinna hot stuff gak ah kat INTEC. Sampai Nush ngan Sara pun nak kat dia.. Opsss! Gossip…! X yah risau gurls, dia end up jadi I punye naqib dalam usrah kitorang yang ‘membahagiakan’ tu. Sambung cerita tadi, erkkk…..! Ah, ok, Megat memang hot stuff. But then, lame knl dia, erm….. hampeh jer mamat ni. Agak poyo lah daripada POKYO. Tak…! Bukan agak poyo, tapi memang poyo. Sengal lalat tahap mokshah (nak mampos kutuk naqib sendiri!!). Tapi dia nice. Then aku start kenal classmate aku satu per satu.
1. Megat (‘stylo ’ nyer mamat)
2. Amnec (pantang disentuh)
3. Pokyo (perangai lebih kurang name)
4. Hakim (hot stuff skunk ni)
5. Jijie (mak joyah in the house)
6. Asri (mutant olok-olok)
7. Ah-Chun (jambu batu jambu air)
8. Yak (lengong)
9. Meng (sentimental)
10. Roy (gagah perkasa)
11. Gogosh (Nina ‘husband’ wanna be)
12. Amal (mind ‘superwomen’)
13. Fina (typical normal gurl)
14. Zue (bajet angel)
15. Nush (Miss Paraguay)
16. Hanis (tertelan speaker)
17. Ein (lex sis/bro)
18. Rosse (tiang)
19. Aru (pencetus kontroversi yang tak dilayan)
20. Syirah (menang pertandingan besarkan mata)
21. Nenak (mak cik pekat loghat)
22. Shaal (invisible tiger….WOOOOO!)
Then, kitorang hidup sebagai ahli-ahli SMLY yang bahagia. Sem 2 byk gak konflik yang kompleks gak ah ngan dak kelas. Hey..... macam-macam.....
Skunk dah 3rd sem. IELTS bru habis. Tggu interview Otago. Cepat masa berlalu. Aku akan rindu dengan hidup hectic ni. Kadang-kadang rasa nak nangis pun ada gak. kadang-kadang rasa nak gelak pun ada gak. Macam-macam aku dapat kat INTEC ni. Especially kawan yang aku x dapat kat SMKB. Aku jarang ade kawan Melayu. In fact, zero. So, i had a lot of fun with SMLY. I luv them so much. Oh God, I’m gonna miss them.

Thursday, July 23, 2009

Aku Bukan Manusia Super

Sekadar jenaka
Bukan aku
Aku normal
Walau super
Aku bukan lelaki super
Walau julangan api dengan si Pandir
Aku tidak peduli
Walau dia badut seantero dunia
Aku tetap aku
Aku bukan manusia super
Aku manusia biasa
Punya hati dan perasaan
Namun tidak aku mahu sebarang ke'super'an

Syukur-Alhamdulillah

Ini bukan BAHASANYA!!!

"PPSMI kembali ke BM"
"PPSMI tukar ke Bahasa Melayu"
"PPSMI menggunakan BM"

Nota:
1. PPSMI = Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
2. PPSMI kata nama khas: tidak boleh diubah
3. Semak semula pendaftaran serta penggunaan: Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia


Terbaik:
"PPSMI dimansuhkan."

p/s: kononya hendak memartabatkan BahasaKebangsaan, mempertahankan hak-hak orang Melayu dan bahasanya, tetapi gambaran yang diberi jelas bahawa hal ini diperkotakkatikkan (Rujuk Perkara 1 dan 2 di atas). Pada mulanya pun, bukankah sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan? (Rujuk Perkara 3 di atas). Walaupun sebagai seorang pemuda yang 'kurang berpelajaran', bukankah Perlembagaan Persekutuan itu sendiri tidak boleh 'diganggu'? Maaf, bukan bermaksud menentang, tetapi sekadar satu peringatan bahawa setiap perkara perlu dilakukan dengan teliti, walaupun sekadar potongan frasa.

p/s kepada p/s: susunan ayat berlandaskan pertanyaan, bukannya bercirikan penyataan atau 'statemet'.

Astagfirullah...

Egyptian wearing hijab killed in German court drama

By Daily News Egypt with additional reporting by AFP
First Published: July 3, 2009

CAIRO: A woman stabbed to death in a German court was an Egyptian who had sued her attacker after he insulted her for wearing the Islamic headscarf, local newspapers reported on Friday.

Marwa Aal-Sherbini, 32, who was killed in a court in Dresden on Wednesday, was the wife of Egyptian academic Elwi Ali Okaz who was also hurt in the incident and is now in critical condition in hospital, the state-owned Al-Akhbar reported.

Husband Okaz was in Germany on a scholarship through Menufiya University’s institute of Genetic Engineering. He is still unaware that his wife had died.

The attacker stabbed Sherbini “shortly before she was to give evidence in an appeal lodged by the man against a conviction for insulting her over wearing the hijab,” said the state-owned Egyptian Gazette.

The 28-year-old man, identified only as Axel W., was overpowered and was being investigated for manslaughter over the killing of the woman, a spokesman for the Dresden prosecutor’s office said.

Axel W. was previously found guilty and fined €2,800 in civil compensation for calling the victim a “terrorist” in August 2008 in a Dresden park because she was wearing a headscarf.

Magdi Al-Sayed, press officer at the German embassy in Cairo, said the case was isolated and did not reflect German attitude towards Muslims.

“It is a criminal act. It has nothing to do with persecution against Muslims,” Sayed told the Gazette.

Woman killed in courtroom bloodbath was pregnant
Published: 3 Jul 09 11:42 CET

A woman stabbed to death in a Dresden courtroom was three months pregnant, reported German newspaper Bild on Friday.
According to Egyptian newspapers, the woman was Marwa al-Sherbini, a 32-year-old Egyptian national who was suing her attacker after he insulted her for wearing the Islamic headscarf. The attacker, identified only as Alex W., was appealing the €780 fine he was ordered to pay in the libel suit.
Al-Sherbini was the wife of Egyptian academic Elwi Ali-Okaz. He was also hurt in the incident after he tried to help his wife and is in critical condition in hospital. Police are now investigating Alex W. for manslaughter.
“The investigation into this bloody crime is bound to show there are some indications the suspect was hostile toward foreigners – the signs are there,” said Saxony police chief Bernd Merbitz told Bild.
Magdi al-Sayed, press officer at the German embassy in Cairo, said the case was isolated and did not reflect German attitude towards Muslims.
"It is a criminal act. It has nothing to do with persecution against Muslims," Sayed told the Egyptian state newspaper The Gazette.
The stabbing happened July 1, just before al-Sherbini was to give her evidence. During the struggle, other bystanders were also injured and police fired a shot. Al-Sherbini died in the courtroom.
The 28-year-old attacker was overpowered and is now under investigation for manslaughter, a spokesman for the Dresden prosecutor's office said.
Chairman of the German judge federation Christoph Frank is now demanding that safety and security measures must be brought up to standard.
“Each individual law court must be examined and security infrastructure put in place to better protect citizens,” he said to the Bild.
The incident recalled a similar scene of courtroom violence in the Bavarian town of Landshut in April, when a 60-year-old man shot his sister-in-law before turning the gun on himself, following an inheritance ruling.

Wednesday, July 22, 2009

Gejolak jiwa yang mengacau....aku benci hidup begini

aku ukir dengan kata-kata...
aku benci dengan keadaan begini
bukan tidak aku mendasar kepada kesyukaran terhadap Ilahi
sekadar keputusan sesetengah manusia yang tidak relevan dan munasabah
tidak kiralah
1. ahli politik ke
2. kerajaan ke
3. kawan baik aku ke
4. rakan kelas ke
5.ahli politik ke
6. kerajaan ke
7. mak cik 'cafe' ke
8. pak guard kolej ke
9. ahli politik ke
10. kerajaan ke

namun apa daya, semua sudah terjadi
aku bukan barang eksperimen
tetapi aku memang bahan eksperimen
walau aku menurut hipotesis yang dibuat
namun inferens dan konklusi tiada membawa erti
kini dunia ini diubah kembali
aku tidak tahu kenapa kita harus kembali ke zaman batu lagi
terima kasih ALLAH....
aku tidak lama lagi di sini
bukan maksudnya aku tidak kembali
mungkin pampasan kerugian yang ku hadapi
namun adilkah kepada mereka yang tinggal selamanya di sini???
tanya diri sendiri wahai...

1. 2. 5. 6. 9. 10.

p/s: aku bukan manusia super...

Saturday, July 18, 2009

Aku mengganas..,

Aku lemas dalam lautan api permainan penipuan yang AKU cipta sendiri. Kerana tiada balasan daripada pihak yang berkenaan. Aku berimaginasi. Diri jadi ratapan. Modus operandi: AKU PENYEBAB KEJATUHAN DALAM FITRAH ALAM!

Kekeringan hati yang gersang

Dahaga pada satu fitrah alam. Yang hadir hanya satu impian, sekadar angan-angan. Satu perasaan hati yang tak mungkin akan terjadi. Ini satu sindiket penipuan dalam kehidupan. Satu tanggapan melempang hati yang berdarah. Menusuk kalbu yang mengganas. Kebencian timbul bak api-api kemarahan menggulung jiwa-jiwa kebahagian. Aku didominasi kebencian dengan keganasan. Satu perasaan perlu menjadi korban. Korban dalam kesengsaraan. Korban itu: Aku!

Dalam haru aku membiru

Dalam kalangan itu aku haru. Namun hati membiru. Melayan hati. Penuh pilu. Walau si dia dekat hanya di sisi. Tetapi hati remuk dilanggar pedati. Tatkala orang ketiga membawa pergi. Hati ini remuk lagi. Tapi sabar dia lah pembersih hati...

Satu kejatuhan

Aku jatuh...
Tiada yang mahu tolong...
Aku penat...
Tiada daya dengan hidup ini..
Terlalu banyak perasaan...
Sudah aku tidak peduli lagi...

Sayu tengah malam lalu...

Dalam hati ada rindu... Dalam hati ada cinta... Dalam hati ada pilu... Dalam hati ada gelisah...
Ibarat ditusuk paku karat. Jiwa aku merana. Mengesan sayang tanpa balasan. Menunggu cinta tanpa hirauan. Aku sedih meniti hari keseorangan. Tanpa teman dalam hati penuh kedukaan. Hati remuk mengingat kekalutan. Cinta aku tepuk sebelah tangan. Apabila si dia bersama seseorang. Cinta wujud dengan keseksaan.

Dalam hidup memang saling berkawan. Namun aku mahu makna sebuah perhubungan. Walau redha saksi cinta bergurauan. Menjadi perantara bukan satu paksaan. Tapi kerana kawan, aku hilang seorang teman. Teman sejati menuju hari dalam khilaf arus berlawanan... Cinta itu, cinta ini, satu larangan...

Sunday, July 5, 2009

Sesungguhnya

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

Saturday, July 4, 2009

Jodoh

3 jenis jodoh:

Jodoh Syaitan
Jodoh Jin
Jodoh Allah

Luahan Perasaan...

Hari yang menyeksakan. Aku ditinggalkan ibarat melukut di tepi gantang. Tiada pengertian. Susah. Payah. Perit. Tidak keharuan. Pada si dia aku mengadu tentang si Dia. Sememangnya dia memahami cara medekatkan diri kepada si Dia. Memang si dia seorang yang baik dan membantu. Menambah cinta bukan yang terlarang kepada si dia dan si Dia. Tuhan Maha Mengasihi. Ya Allah, rapatkanlah hubungan kami sesama muslim agar ukkhwah ini membawa kepada pendamaian dalam hidup serta penyelesaian dalam setiap pemasalahan. Ya Allah, jauh kan kami daripada sebarang perkara maksiat dan perkara negatif dalam hidup. Ya Allah, Kau eratkan lah hubungan kami agar ikatan ini kekal selama-lamanya. Amin........

Wednesday, June 24, 2009

Shaal..

Gadis genit...
Sekadar aku memanggil kasih, satu sebutan dalam hati, status masih kawan lagi, derap tapak ke hadapan, jodoh menentu nanti. Seorang yang ku kenali, dedikasi, rajin, bersemangat, dan sumber aspirasi. Walau baru ku kenali, Shaal ibarat teman yang memahami. Sekadar ku carit kasih, Shaal antara di hati, walau si dia masih kekal tidak berganti. Bagi aku, Shaal memang teman sejati. Teman aku pelajari, segala makna dan erti, segala perungkaian dan konotasi. Shaal, kau tetap di hati.....

Petang angin lalu...

Sekadar menyinggah sepi lalu. Terkenang hari-hari mendatang yang aku sendiri tiada erti di sebalik sebarang kekeliruan entah apa-apa. Perit hati berlalu pergi. 1 Rejab....Hati kembali lagi. Pada si Dia aku rindu sekali, pada si dia, benci kian pergi, pada siapa lagi aku menumpang kasih. Esok, satu permulaan baru. Dalam hati tiada ku simpan benci lagi. Walau marah, si dia masih di hati. Kerana tugasku, Khalifah di dunia ini, mencari sejuta pengertiaan dalam akhirat dan duniawi. Pada si dia aku menuntut segala edisi. Dalam menyusuri hati nurani ini. Pada si dia, aku berterima kasih, kerana padanya aku pelajari ilmu ini. Ilmu mengasihi agama sejati. Hanya Islam dalam hati. Wahai sahabatku, aku cinta sekali. Pada kawanku, aku rindu sekali. Walau beberapa hari kita kenali, tetapi hati selalu di sisi. SMLY, teman sejati, tidak terganti.....

Sunday, June 21, 2009

'Isolasi'

Pantang dalam hidup ini muram durjana lalu. Hidup kurang beerti. Kenapa si dia menjauh diri. Atau hanya aku suka menyendiri. Si dia masih di hati. Masih lagi bertakhta dalam diri. Pemangkin mencintai Maha Yang Mengasihi. Namun, kehadiran anasir itu menguji hati. Semakin perit hati ini. Si dia menjarak pasti. Aku mencuba mendekaatkan diri. Tapi aku sendiri gulana tidak henti. Walau si dia hendak kembali. Namun hati tidak pernah pasti. Selagi anasir masih di sisi. Meskipun dimusuhi itu teman sejati.

Coretan selepas itu...

Mengharap kepada sesuatu yang tidak pasti. Ibarat satu penyampaian dalam hidup yang tiada erti. Aku menolak semua konotasi. Tiada langsung dalam diri dan jati. Sememangnya aku tiada hendak lagi. Menyimpan dendam dan dengki. Biar aku tidak dapat apa-apa, aku harap aku dapat menyumbang segala. Hanya kerana kawan, aku berkorban pasti, melepas setiap bait-bait dalam melodi. Meskipun, masih sama dalam satu puisi. Menambah keperitan ini, si dia sering di sisi, dengan orang yang kawan ku masih, walau perampas kasih. Aku menambah dengki, kesumat terbenam dalam hati, merobek cebisan-cebisan hati, atas cinta terlarang ini. Dalam kepahitan ini, dia masih perlu di sisi, sebagai penolak iman dalam hati, merungkai alam Pencipta Maha Menyayangi. Namun, aku harus pilih, antara hati dan Allah yang dicintai....! Ujian, meremuk hati....

Sunday, May 17, 2009

Bebas tanpa ketenangan

Exam dah habis. Tapi macam ade sesuatu je kat dalam hati. Aku pun x tau ape...

Sunday, May 10, 2009

Esok exam

Ya Allah...
Esok dah final. Cepat masa berlalu. Rasa macam semalam aku kenal Megat, Yak, and Amnec (yg lain dh lame knl). X sangka dah nak habis sem2. Cepat gak masa berlalu. Btw, esok star final exam. ESLS, Malay Study, Math Study, Bio, dan Chem. Huh... Penat...penat... Semoga Allah memurahkan rezeki aku. Dapat result gempaq. Insya-Allah. Aku nak gak aggreget 80+++. X pe lah. Yg penting, aku terus belajar. Klau panjang umur, aku sambung sem 3. Dapat kolej baru, roomate baru dan persekitaran yang baru. Harap dapat merangsanglah pembelajaran aku nanti. Insya-Allah. Tapi..... koflik tak selesai lagi... Erm, sambung next sem kot. Huhuhuhu... Wish me all the best for my final exam. See ya...

Saturday, May 9, 2009

Didera...


Apabila Peperiksaan Bertandang...





Buat Yang Tersayang...Bonda

Secangkir kasih meniti alur serta lurah kehidupan. Walau sekelumit, tidak ku tinggal langsung ku hirupkan. Hanya pada si dia aku sandarkan. Sekeping hati nurani memekik meminta perayuan. Memilih di sebalik kawan atau seseorang. Biar si Dia menentukan. Kerana hidup ini memenatkan. Terima kasih, kasih ibu menyayangkan. Walau hatiku ini hina, kecil, tidak berdaya jika dibandingkan. Aku sayang mak.

Buat ibuku: Normah Bt. Kusin

Wednesday, May 6, 2009

Aku Tiada Cinta?

Sindekit penipuan terbesar dunia. Tiada penakrifan khusus tetapi penuh bermakna. Mana cinta kepada yang sepatutnya? Ideology sekular semata-mata.

Seikhlas Hati Rose Naziha

Sekuntum mawar berkembang mekar. Menyisih kelopak hati namunnya tegar. Mengorak selangkah walau tiada ketitisannya. Melihat sekalian alam, menuju benua keindahan. Dalam meniti duri dalam diri, terukir bunga kenangan dalam pemikiran lalu. Mengisi keindahan tiupan bayu senja menempias lalu. Terkenangkan si dia purnama berlalu. Wahai tuan berseri berdada kedidi, melawa sekelumit tinta pilu. Jangan dibiar hilang madu ikhlas mawar ini. Hanya dia tidak kelihatan lagi. Sesungguhnya kayu pipih itu menjadi saksi. Percintaan layu dan segar meniti kala lalu. Indah kenangan itu. Janganlah kedidi terbang lalu, meninggal kelopak terlayu tertiup pawana beradu. Sesungguhnya mawar ini memiliki seikhlas hati...

Insan Yang Paling Ku cintai di INTEC

1. Si Dia
2. Saudara Usrahku
3. Rakan Sekelasku
4. Rakan Seperjuanganku
5. Pensyarah Tercinta
6. Staff Yang Baik Hati

Tuesday, May 5, 2009

Epilog Tinta Kala Bertandang Sebentar

Penterjemahan satu ukiran pena. Bukannya satu bibitan meragut nyawa untuk ditakrifkan. Sekadar memenuhi keperluan dan kehendak. Tetapi bukannya membentang segerombolan hati yang kejam. Bukannya niat meninggi sebarang kebolehan. Sesungguhnya memang jati digambarkan ketajaman pena dalam menyulam kata bertinta darah. Itu caraku, sudah menjadi ruji harian, bukan dipertanding di cermin kekufuran. Aku berjanji

Monday, May 4, 2009

Abang Megat (Bahasa Yang Melampau)

Siapa Mamat Ni?
Aku X Puas Hati Gler Ngan Dia.
Bjet Bagus Gler.
Ntah Datang Perut Bumi Mane Ntah.
Herh...
Nyusahkan Hidup Orang Jer.
Pepe Jer!

(Jangan Marah)

Bintang Gelap Atas Kepala

Kepada Sahabat Yang Aku Cintai:

Pernah ku’slalu mengalah mulanya
Malu tuk mengatakan apa yang kurasa
Namun impian menyala-nyala
Akan kukejar hingga tercapai cita-cita

Inilah saatnya kuberdiri di pentas dunia
Biar semua saksikan
Akhirnya impian bisa jadi kenyataan
Kini kulebih mengenali siapaku

Pasti kau mengimpikan oh apa rasanya
Menari bagai bintang seindah angkasa
Memang tak mudah seperti kau bayang
Kau harus percaya, tabah, dan usaha

Inilah saatnya kuberdiri di pentas dunia
Biar semua saksikan
Akhirnya impian bisa jadi kenyataan
Kini kulebih mengenali siapaku

Di sini megah kuberdiri
Berselindung lagi
Ku’kan memburu cita-citaku
Tak gentar bersuara kerna kupercaya tibanya waktu yang milikku

Inilah saatnya kuberdiri di pentas dunia
Biar semua saksikan
Akhirnya impian bisa jadi kenyataan
Kini kulebih mengenali siapaku

Inilah….saatnya
Akhirnya impian bisa jadi kenyataan
Kini kulebih mengenali siapaku…..

Kerana lemaknya keju...

Pencantas waktu, memikirkan satu penilaian dalam mengubah ketetapan azali. Tiada satu kejayaan ditemuinya. Sedangkan aku melawan arus kala meniti liku-liku hari mencabar, tiada pula ku rasa kehadirannya. Inikan pencantas waktu datang ibarat penyembelih menahas kelembutan saraf dan urat. Kerana itu, ku disampingi sekelumit cinta sahabat. Secukup rasa. Sekadar sahabat. Dalam kepahitan melawan perasaan cemburu, aku leraikan batu-batu garam, menaburi lauk-lauk dalam hati. Terasa pula keenakannya apabila ku mengimbau rasa-rasa lalu yang lelah. Dalam kekeliruaan pedas dalam minda dan tekanan, aku sekadar merenjiskan air kesabaran kerana ku percaya sekadar akan datang rasa memori terutamanya memikirkan si dia. Siapa? Si dia dicinta dan mencinta sahabat. Rasa rindu pada sahabat. Lalu, ku pikirkan segalanya. Lauk-lauk ini tiada perlu ditanding sekadar dengan keju kehidupan. Sekadar taburan, menghias dan menambah keenakan namun membenci diri dalam kelemakan kuncup-kuncup persahabatan. Kerana tiada erti, ku buang. Tapi, aku memerah santan dalam pemikiran. Keju sebenarnya seorang kawan, dan bukannya seharus aku tinggalkan. Dalam dimensi keenakan, dia perisa kehidupan, walau pahit hempedu mengimbangi keju kelemakan.

Saturday, May 2, 2009

Benci: Benci Atas Dasar Kata

Benci atas dasar kata kerja kepada benci atas dasar kata nama. Benci kepada benci atas dasar kata nama. Tiada kusimpan benci atas dasar kata kerja, hanya atas dasar kata nama. Di mana benci atas dasar kata nama akan hilang benci atas dasar kata kerja sedangkan benci atas dasar kata nama dibenci atas dasar kata kerja. Aku tidak benci atas dasar kata nama tapi benci atas dasar kata kerja hanya kepada benci atas dasar kata nama.

Tetapi,
tiadak patut ku benci atas dasar kata kerja kepada benci atas dasar kata nama kerana benci atas nama mana-mana dasarnya tidak membawa kepada kebencian sama ada atas dasar kata nama, kata kerja, dasar dan nama itu sendiri.

Ideologi Benci Yang Gedik!

Purnama Lalu

Dalam leretan hati cinta dan rindu, tiada ku harapan kucupan sang pencinta jejaka, tiada ku harap berpegangan meniti bahtera percintaan. Hanya ku pinta, si dia dapat memalitkan ukiran senyuman, sekadar mengisi kekosongan, walaupun berbisukan frasa dan kata. Sekelip matamu melemahkan hati sayu jejaka. Aku mampu menghitung bulu mata bawahmu yang panjang daripada biasa. Sinaran kerdipan keimanan hatimu terpancar menebuk hati nurani jejaka ini. Aku merindumu walau kau di hadapan ku. Sekelumit kasih tiada ku biar berciciran di hati durjana hati. Kau bukan miliku, tetapi pada Pemilikmu aku mengadu kasih merayu secubis sayang buat ku jadikan pelukan purnama lalu. Hati jejaka ini masih kosong, namun ingin memiliki, sekiranya kau sedar tiada sinaran tanpa kehadiranmu dalam diri. Aku cinta padamu, kekasih hati....

Si Dia Merisaukan

Aku menanti dalam kekeliruan serta kegelisahan. Setiap deringan diiringi peluh kesejukan. Hati ku mula memberontak. Mula dicemari anasir-anasir negatif membuat sesawang memikirkan si dia. Adakah masih di bawah lindungan-Nya? Aku hanya berdoa menitiskan tinta keperitan. Ku harap si dia faham. Atas dasar rasa sayang seorang sahabat. Si dia ku tawarkan kepada-Nya nyawa sebagai taruhan. Ambillah nyawa sekujur badan ini yang tiada sumbangan, dan berikan lah kepada jasad yang memerlukan untuk meneruskan perjuangan. Pergilah selesaikan perjuangan yang belum selesai ini. Aku pasrah. Tatkala itu, Allah menunjukkan kebesaran, Alhamdulillah, dia masih dalam perlindungan. Aku kesatkan tangisan kerinduan dalam jeritan keperitan rohaniah. Walau ku marah tiada ditinggalkan pesan. Diri nya masih tetapku sayang. Sebagai teman perjuangan meniti kehidupan sebagai Khalifah memandu kebaikan menghapus penghinaan. Syang seorang sahabat.

Bantal Hati

Diulik keenakkan malam. Aku tersadai di katil ketenangan. Menunggu tiupan bayu menghembus pipi membelai keasyikan impian. Angin malam membawa mimpi ibarat kenyataan. Mengukir aksara rinduku pada si dia tatkala kenangan mencurah hati seorang jejaka. Aku menunggu gadis hadir dalam keinginan walau usah ku harap satu harapan mengapai satu angan-angan. Hidup kembali tenang apabila sang pemanah cinta menusuk kalbu seorang jejaka. Aku masih menunggu si dia. Untuk ku jadikan teman meniti kehidupan dalam batal hatiku yang kian kesepian. Di mana gadisku bernama Sang Pencinta Jejaka....

Aku budak INTEC, AUSMAT 20!

Aku mencari mereka. Bukannya sekelimit kuman, tidak lah pula seekor gajah. Sekadar sapi memadai. Tetapi, tiada ku temui. Aku masih mencari... MOSCOW, PARIS, BERLIN, IRELAND, TOKYO, SEOUL, MELBOURNE, WELLINGTON, MANCHESTER, EGYPT...
Dunia ini luas sekali. Penjurunya tiada tercari. Namun, aku masih di sini, menunggu mereka berukir seri dalam hati...

Pelepasan Banduan Dalam Diri

Aku bukan hamba syaitan durjana. Aku bukan hamba nafsu sendiri. Aku bukan hamba kebongkakan duniawi.
Ku rembes cecair kebingungan dalam hati. Ku lemparkan kepincangan diri. Ku remukkan perjanjian perli. Kerana hidup ini dia erti tanpa usaha mencapai tinggi.
Aku hamba Allah yang hakiki!

Satu Penyelesaian...

Sabar (Amir 2009)
Jangan Negatif (Megat 2009)
Relax (Hisham 2009)
Head Ache (Asri 2009)
Ye Ke? (Mokmeng 2009)
Jaga Tajwid! (Ustad 2009)

Pencerna Teori Palsu Tapi Merungkai Kod-kod Pemasalahan dengan Munasabah atau Sebaliknya!

Sunday, March 22, 2009

Mencari yang sejati

Aku masih mencari seorang sahabat. Yang ku asingkan dalam hati daripada rakan-rakan, teman-teman, dan kawan-kawan. Aku percaya dengan kuasa Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang, aku akan temui sahabat ini. Aku hanya perlu bersabar. Seorang sahabat yang bakal membawaku ke jalan yang benar serta diredhai Allah S.W.T. Insya Allah. aku hanya perlu menunggu.


Sabarlah Zaini...

Nasihat Luqman Al-Hakim

Nasihat pertama Janganlah kamu mensyirikkan Allah S.W.T

Nasihat kedua Sentiasa bersyukur kepada Allah

Nasihat ketiga Berbaktilah kepada ibu bapamu

Nasihat keempat Taatlah kepada ibu bapamu dalam perkara yang diizinkan Allah

Nasihat kelima Lakukan amal soleh setiap masa

Nasihat keenam Dirikan solat lima waktu

Nasihat ketujuh Serulah manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran

Nasihat kelapan Tanamkan sifat sabar dalam dirimu

Nasihat kesembilan Janganlah kamu menyombongkan diri

Nasihat kesepuluh Bersederhanalah ketika berjalan dan bercakap

Thursday, March 19, 2009

Cinta Rasul...

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.” Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.”Ummatii, ummatii, ummatiii?” - “Umatku, umatku, umatku” Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

I'm so tired of being here
Suppressed by all my childish fears
And if you have to leave
I wish that you would just leave
'Cause your presence still lingers here
And it won't leave me alone

These wounds won't seem to heal
This pain is just too real
There's just too much that time cannot erase

[Chorus:]
When you cried I'd wipe away all of your tears
When you'd scream I'd fight away all of your fears
And I held your hand through all of these years
But you still have
All of me

You used to captivate me
By your resonating light
Now I'm bound by the life you left behind
Your face it haunts
My once pleasant dreams
Your voice it chased away
All the sanity in me

These wounds won't seem to heal
This pain is just too real
There's just too much that time cannot erase

[Chorus]

I've tried so hard to tell myself that you're gone
But though you're still with me
I've been alone all along

[Chorus]

Thursday, March 12, 2009

Diri mu...



Istimewa untuk mu...

Dulu engkau kenali
Tak pernah ku sedar
Dari mata yang memandang penuh pengertian
Tapi saat itu telah berubah
Di persimpang usia
Antara kita tak mampu lagi
Berselindung dengan alasan

Telah ku cantumkan
Semua impian bersama
Dalam jalinan yang kita bina berdua

Namun apakah erti bila
Keinginan terlanjur
Lalu menganggu kala dirimu
Selalu ada disisi

Duhai teman
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu

Telah ku cantumkan
Semua impian bersama
Dari mata yg penuh pengertian

Namun apakah erti bila
Keinginan telah terlanjur
Lalu menganggu sanubariku

Ku cuba bayangkan waktu dulu
Gurau senda serta pujukan mu
Puisi indah menyatakan kata rinduku
Masa yang lalu meragui
Seluruh harapan muncul kini
Mengapa dan bertanya di mana kesudahan kita

Duhai teman
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu

Saturday, February 28, 2009

Friday, February 27, 2009

Prolog

Aku melihat sekeliling, mencari suatu makna dalam seribu pentafsiran kehidupan. Aku memikirkan tentang kehidupan ini. Adakah satu pengertian tanpa maksud, atau takrifan tanpa definis?. Aku nampak si dia menulis blog. Aku nampak mereka menulis blog. aku nampak kamu menulis blog. Malah, manusia pengejar tamadun menulis blog. Aku dalam delima. Adakah permulaan ini satu esperimentasi atau satu langkah menuju kejayaan sudah pasti walaupun 'inference' masih tidak dapat dikenali? Mungkin ada maksud di sebalik semua ini. Aku tiada dalam negeri kefahaman waktu aku membuka blog yang lalu. Mungkinkah ini boleh menjadi sesuatu yang lebih serius? Atau sekadar coretan tinta elektronik mengisi masa disebalik melakukan ibadah kepada-Nya? Aku melahirkan persoalan yang tiada jawpan walaupun terpangpang terang-terangan. Kepada si dia hamba Allah, terima kasih mengungkit kesedaran di sebalik kelaghoan dunia pertuturan, dan kehebatan ketajaman tinta penulisan yang berteknologi dan 'advance'.